Friday, July 5, 2013

TABAH...


KENAPA TAK ROGOL SAYA ??

KENAPA TAK ROGOL SAYA ??

ia tentang seorg wanita dari malaysia yg b'kerja di US ,, m'makai tudung dan m'milik akhlak yg sgt solehah ,, suatu mlm ketika dlm p'jalanan pulag k rumh dr tmpt kerja nya ,,

kebetuan dy ambil jalan singkat untuk pulag kerana keletihan ,, jaln nie agak suram dan t'corok juga tidak byk org yg lalu lalang ketika itu ,,

disebabkan waktu yg agak lewat ,, b'jalan dijalan yg agak gelap dan t'corok sebegitu m'buatkan nya agak gelisah n takut ,, lebih2 lg dy hanya keseorangan ketika itu ,,

kmudia tiba2 dy t'nampak seorg lelaki b'kulit putih sedag b'sandar di tepi lorong itu ,, mula rasa tk sedap hati dan rasa takut ,, dan ketika itu hnya bleh b'doa kpd ILAHI ,,

then dy baca ayat qursi dgn pnuh p'harapn kpd ILAHI agar tidak diapa2 kan lelaki itu ,, ketika dy melepasi tmpt lelaki itu b'sandar ,, dy sempat m'noleh dan dpt m'gecam wajah lelaki t'babit ,,

nasib lah lelaki itu tidak m'endahkan dy dan perempuan ini selamat sampai k rumah nya ,, alhamdulillah ,,

k'esokan pagi nya ,, wanita ini t'baca di akhbar yg seorg wanita telah dirogol lelaki tak dikenali b'hampiran lorong yg dy jalan smlm hnya selepas 10 minit dy m'lintasi lorog t'babit ,,

muslimah ini sgt yakin bhawa bahwa lelaki b'kulit putih yg dilihat itu lah perogol wanita t'sebut ,, atas tanggungjawab dy pergi m'buat laporan polis ,, krn dy dpt m'gecam wajah lelaki t'sebut ,,

tapi wanita ini sgt hairan knp lelaki itu tidak m'jadikannya mangsa sedagkan dy hnya k'seorangan ketika itu ,, tetapi lelaki itu m'milih untuk m'rogol gadis selepas nya ,,

oleh krn sifat ingin tahu ,, wanita ini m'minta kbenaran polis untuk b'cakap dgn perogol sblm hukuman dijalan kan k'atas lelaki t'sebut ,,

dia pn tnye perogol t'sebut "why don't you do anything to me on that night even though you know that i'm alone ?? " ( kenapa awak tak buat apa2 kpd saya mlm tu walaupn awk thu sy k'seorgn ketika itu?? ) ,,

perogol itu m'jawab "no ! you are not alone ,, that night i saw two young man walking with you ,, one on you right side and the other one was by your left side ,, if you are alone of course you will be my victim" ( tak ! awak tak k'seorangan mlm tu ,, sy nampak ad 2 org lelaki b'jalan dgn awak ,, seorg sbelah kanan dan seorg lg sbelah kiri ,, kalaulah awak kseorgn mlm tu sudah pasti awk m'jadi mangsa saya ) ,,

wanita ini amat t'kejut dgn p'jelasan lelaki t'sebut ,, wanita ini sgt b'syukur kpd ILAHI krn m'jaga dan m'melihara nya dr kejahatan lelaki t'sebut ,, mgkn itulah berkat dy m'nutup aurat dgn smpurna dan juga berkat ayat qursi yg dibaca nya ,, ALLAHUAKBAR !!!!

firman ALLAH : " wahai nabi ,, suruhlah isteri2mu dan anak2 perempuanmu serta perempuan2 yg beriman ,, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar) ,, cara yg demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan yang baik2 ) ,, maka dengan itu mereka TIDAK AKAN DIGANGGU ,, dan ( ingatlah) Allah adalah maha pengampun ,, lagi maha mengasihani ,," surah al-ahzab : 59 ,,


sumber : Mujahed Kamal

MENGHUKUM....

1 - Seorang lelaki ditemui mati dipijak ketika waktu haji,
Pemuda A : memang sah2 lelaki tu masuk syurga
Gadis A : syurgalah tempatnya

2 - Seorang pemuda mati 2/3 malam didalam masjid, bilal temui jasadnya ketika waktu subuh.
Pemuda A : syurga jua tempat pemuda tu,
Gadis A : tak dinafikan syurga tempat dia.

3 - Seorang lelaki mati didepan kedai arak , berlaku pendarahan teruk di kepala keran dih
entak botol arak.
Pemuda A: penghuni neraka memang macam tu.
Gadis A: ahli neraka la jawabnya.

_______________________________________________________
**cerita sebenar

1- lelaki yang dipijak mati ketika menunaikan haji itu sebenarnya ialah ketua penyeluk saku, orang ramai memijak dia kerana mereka mendapati banyak dompet berada dalam pakaian ihramnya,.

2- Pemuda yang mati didalam masjid itu mati,kerana setelah disoal siasat, pemuda itu cuba mencuri duit tabung masjid, dia jatuh tergelincir ketika memanjat bumbung masjid.

3- lelaki itu mati sebab kebetulan dia lalu disitu, dia nampak sekumpulan pemabuk sedang cuba ingin merogol seorang wanita, dia ingin menolong perempuan itu, setelah puas bergelut, dia dipukul dengan kuat dikepala dengan botol arak sehingga mati .

Okayyy !

Natijahnya, sekarang ni, ramai orang suka menghukum seseorang tu, dengan sewenangya mereka meletakkan seseorang dalam keadan yang mereka suka, Ingat ! kita bukan Allah untuk menghukum sesiapa, kita hanya mampu menilai bukan menghukum, !! jangan terlalu cepat kita menghukum sesuatu . .

(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya."

(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:
"Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."


sumber : Saya Sayang Allah

Dr.Muhammad Morsi...

Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Abdul Karim:

1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain juga,insyaAllah

*setelah membaca peribadi dr morsy, maka tidak hairanlah Israel dan sekutunya amat gembira dengan guling kuasa ini... namun yang amat mendukacitakan media tv malaysia turut menggelar beliau sebagai diktator.... :'(


sumber : Aku doakan moga dirimu bahagia hingga akhir hayatmu :')

Ustaz DON Benggang dgn TV3..

Ustaz DON Benggang dgn TV3..

MESIR : BAGAIMANA MEDIA DI MALAYSIA.......SPIN.....

Celakalah kamu wahai TV3, kamu memanggil pejuang-pejuang FSA sebagai pemberontak, disebabkan mereka melawan kerajaan Bashaar yang zalim membunug zh puak sunni, menyembelih anak kecil, dan wanita dirogol. Mereka pejuang mempertahankan agama ISLAM.

Di mesir pula kau memanggil Dr Morsi sebagai pemerintah yang diktator sedangkan berjuta2 rakyatnya yg masih setia memperjuangkan demokrasi, wahai tv3 sesungguhnya anda mmg zalim dalam menyampaikan maklumat yg salah, diputar belit serta dipancut racun, Ya Allah kau selamatkan saudara seagamaku, kau lindungilah mereka yg tidak putus2 mempertahankan Islam iaitu agamamu Ya Allah,

Media arus pedana di malaysia menggelarkan Dr Morsi sebagai diktator, pejuang2 di syria dikatakan pemberontak.. apakah mereka ini terkena hasutan atau ghazwul fikri yang dilancarkan oleh kaum Zionis Yahudi...

Apakah media Malaysia ini di kawal yahudi atau syiah?



sumber : Islam Iman Ihsan

PALESTIN....


inilah yg berlaku di palestin....
palestin dahulu dan palestin sekarang...
*yg hijau tu palestin yg putih tu israel..

bersemperna dengan ramadan ini marilah kita berdoa untuk saudara2 kita di palestin... 

sumber : FACEBOOK

LADANG...

Assalamualaikum W.B.T
Selamat sejahtera...

Ok...kali mengenai ladang...

Sem 1 ada program 'Buku Hijau'...
Program ini khas untuk palajar UPMKB...
Sem 1 menanam sayur...

Program ini setiap hari Jumaat diadakan...

Memang best, ramai yang buat program ni...
tak kisahlah tangan melecet...
sebab mencangkul...

Tapi yang penting dapat memupuk semangat kerjasama...
Ok...

Harap program ini berjaya diselesaikan dengan cemerlang....

Peace No War (^____^)..........

Thursday, July 4, 2013

KOS...

Saya mengambil kos Diploma Pertanian...
Di bawah Jabatan Sains Tanaman...
Ketua Jabatan tersebut Dr. John Keen Chubo

Jabatan Sains Tanaman UPMKB

UPMKB mempunyai hanya satu Fakulti...
Fakulti Sains Pertanian Dan Makanan...

Dibawah fakulti...berbagai jabatan...

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB)

Ok...
Pengajian yang saya ambil selama 6 semester...
In Shaa Allah 2016 saya grad...
Doakan ya...
Moga Allah Berkati Anda Semua (^___^)

Diploma Pertanian memberi penumpuan utama kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains tumbuhan dan haiwan, pengeluaran tanaman makanan dan ternakan, pengurusan perosak, pengurusan tanah, ekonomi dan pengurusan ladang, keusahawanan tani dan pengembangan.
Graduan Diploma Pertanian mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor pertanian awam dan swasta serta dalam bidang penyelidikan dan keusahawanan.
Diploma Pertanian adalah program pengajian tiga (3) tahun dengan 103 jam kredit.

Sumber : UMPKB website

PERANCANGAN...

:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..
:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..
:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..
:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..
:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..
:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG...
:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..

dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN
sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS di TENGAH JALAN juga
ALLAH yang akan tentukan...
jadi, usah risau..
andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH di Luh Mahfuz untuk saya...
InsyaAllah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa...♥♥♥


sumber : FACEBOOK

HARI KOLIGRASI...

Assalamualaikum W.B.T
Selamat sejahtera....


Koligrasi? Apa tu?

Ok, Koligrasi merupakan program orientasi kolej dibawah Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM)  dengan kerjasama Kolej Sri Rajang...UPMKB

Koligrasi (Kolej Orientasi) berlangsung pada selama tiga minggu....untuk pelajar baharu UPMKB 2013/2014..... bermula pada 14/7-30/7 2013....

Minggu pertama....

Tunjuk bakat...huih..macam-macam junior tunjukkan bakat terpendam mereka...
yang tak ada...Senior suruh buat macam-macam...
Bersilatlah, berjogetlah....hahaha....
Setiap junior dapat nama blok masing-masing....
Saya??...hehehe dapat gelaran 'Bengkok'
Kenapa?
Adalah sebab bakat terpendam...

Seterusnya....Aktiviti INDOOR...
Game Sahiba, Dart, Chess, Uno, Sudoku....
Setiap blok menghantar wakil untuk berlawan...
Yang tak terlibat, jadi penyokong kepada yang terlibat dalam permainan tersebut...
Blok A, B, D, E, F, G, H, I, dan J....(C tiada junior, hanya pelajar degree)

Minggu ke 2

'Starting School' program Universit yang wajib diambil oleh pelajar semester 1...
berlangsung hari Sabtu dan Ahad....

Minggu ke 3

The final week of Koligrasi...
Jaguh Kampung...permainan bola sepak kampung, takraw, baling selipar, tarik tali...
Aktiviti memasak....Master Chef...
itu yang berlaku pada hari sabtu....

Hari Ahad...pagi gotong-royong...
petang persediaan Drama : Tauladan Berzaman...
Pada waktu malam...Pertandingan Drama...
Majlis penutupan koligrasi....

Keseluruhan aktiviti tersebut...
Huhh...memang penat...tetapi BEST!!!!
harap dapat buat lagi hari koligrasi yang akan datang....
nanti jadi Senior untuk pelajar baharu yang akan datang....

Ok...UPMKB best...!

Peace No War (^____^)....

BEZA...

Hm..
Kat sini memang berbeza....
Waktu solat kat sini awal sejam dari semenanjung....

Hm...makan pun boleh tahan harganya....
Namun, alhamdulillah boleh makan dari tak makan...
Kat sini makan lebih kurang sama saja kat semenanjung....

Hm...time belajar pun berbeza...
Kat sini start pukul 8 pagi...
Kuliah tak menentu..
kejap ada, kejap tak ada....
Namun yang penting, masih dapat belajar....
Dari tak dapat belajar...

(^____^)

SABAR, TABAH, BERANI

Assalamualaikum...
Selamat sejahtera...

Anda sudah ada slogan diri anda?

Contoh macam ini...

Hidup biar berbakti...
Buat sehabis baik...

mesti adakan...
hm....OK

Saya ada satu yang mungkin boleh anda terima...

Slogan hidup saya adalah...

Sabar, Tabah, Berani


SABAR

Kita mestilah sabar dalam menghadapi segala kemungkinan....
Sabar merupakan tangga kejayaan...
In Shaa Allah, orang yang bersabar sentiasa tenang...

TABAH

Kita jangan mudah berputus-asa...
kita mesti tabah dalam menempuh segala cabaran dan ujian...
Orang yang tabah, mana-mana tempat boleh pergi...

BERANI

Kita mestilah berani mengambil apa jua risiko...
Tidak kira baik atau buruk...
Yang penting kita berani tampil kehadapan untuk maju...

Berani berubah untuk kebaikan...
Takut berubah kepada kejahatan....keburukan...

Baiklah, itu saja yang dapat saya kongsikan kali ini...
Ok...
Peace No War (^____^)....

Wednesday, July 3, 2013

PERTAMA KALI DI UPMKB....

Assalamualaikkum, selamat sejahtera...

Hm...Kali ni nak cerita mengenai pertama kali masuk U...

Sambung dari 'BELON'....

Sesudah sampai, saya serta pelajar baharu UPM disambut oleh UPMKB....
Mereka menyediakan bas UPM untuk perjalanan yang seterusnya ke UPMKB

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak





Semua pelajar baharu serta ibubapa yang turut serta menaiki bas UPM bersama-sama...
Perjalanan dari Airport Bintulu ke UPMKB mengambil masa 30 untuk sampai....

Semasa dalam perjalanan, saya melihat sebuah bandar Bintulu yang sedang membangun...
Banyak pembinaan bangunan dilakukan....
Bandar Bintulu Sedang Meningkat Maju....

Asyik melihat pemandangan panorama alam kawasan Bintulu yang sebegitu indah,
kami pun sampai tiba di UPMKB, Jalan Nyabau....(pintu masuk utama bahagian hadapan)

Saya melihat pemandangan UPMKB yang begitu kehijauan nan indah.....
selamat tiba di DSK (Dewan Seri Kenyalang), dewan baharu yang besar....
Untuk pendaftaraan pelajar baharu....

Saya pun turun bersama rakan yang lain untuk sesi pendaftaran...
PU (Pembantu Universiti) pelajar senior sebagai Guider bagi pelajar baharu serta ibubapa dalam sesi pendaftaran....

Masa pendaftaran yang agak lama...namun sabar saja, In Shaa Allah...berjaya...
Ok, selesai pendaftaran...

Sekarang untuk check-in bilik....
Saya dapat kawan sebilik yang baik, Aziman nama diberi...
Dari Kangar, Perlis...
Dia datang bersama keluarga, namun saya datang secara Alone Ranger...hehehe :)
Blok E, Diptera nama blok diberi...
Tingkat 3, huih...memang penat...sebab hari pertama memang sibuk....
sekarang dah biasa dah, alhamdulillah....
Alah Bisa, Tegal Biasa...
Kami pun berkenalan....Kami pun bersama-sama mengemas bilik yang agak berhabuk....
Alhamdulillah, selesai sudah misi tersebut...
Kami pun turun makan bersama serta kawan baharu yang lain...

Wah, Alhamdulillah...disini ramai kawan...
Ada yang dari Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, KL, Selangor, Perak. Penang serta Sabah dan Sarawak....

Alhamdulillah dapat menjalani hidup disini sebagai mahasiswa UPMKB....
moga dapat menamatkan pengajian disini dengan cemerlang jayanya...

Man Jadda Wa Ja Da....
(Sesiapa Yang Berusaha, Pasti Berjaya)

Baiklah itu sahaja...
Sekian, Assalamualaikum, selamat sejahtera...
Peace No War (^_____^).....

KOMANDO...

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera

Tahukah Anda? Apa itu KOMANDO?

KOMANDO adalah sebuah perkataan gabungan dari perkataan command and do.
Ini bermaksud, seseorang mempunyai kekuatan untuk menerima perintah dari pihak atasan dan melaksanakannya dengan serta-merta....

Malaysia mempunyai pasukan Komando....
Angkatan Tentera Malaysia mempunyai unit Elit ini...
Tentera kita dilatih dengan cara mereka yang tersendiri...

Unit paling kita selalu dengar seperti PASKAL, KOMANDO 69, REJIMEN GERAK KHAS...
dan ada lagi unit seumpama ini....
Jadi, anda rajin-rajinlah cari, melayari internet, mencari tentang ini...
Saya Yakin, Anda Semua PASTI TERPAKU....






REJIMEN GERAK KHAS


Kita sepatutnya bersyukur kerana ada insan yang sanggup korbankan masa, tenaga...
untuk mempertahankan negara kita dari ancaman musuh....
Mereka setiap hari berjaga-jaga...kerana mereka tidak mahu kita hancur dijamu musuh...

Jadi bersyukurlah kita kerana kita terpilih hidup di bumi MALAYSIA....

Al-Fatihah untuk pejuang yang terkorban di Lahad Datu serta sesama dengannya...



*KEPADA TUAN PEGAWAI TENTERA, POLIS, MAAFKAN SAYA JIKA TERSALAH BAHASA,
MAKLUMAT, DAN SEBAGAINYA....SILA BERI TUNJUK AJAR KEPADA PELATIH PELAJAR INI...

Sekian, terima kasih....
Assalamualaikum W.B.T
Selamat Sejahtera....
Peace No War (^_____^).....

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..



Bulan 1: Ibu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi muzik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2: Ibu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..bawa adik jalan2..

Bulan 3: Ibu , biar pun adik blm tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya ibu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Ibu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: Ibu .. tadi pergi jumpa doktor ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu ibu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya ibu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa doktor itu lagi ya ..? ibu, tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , ibu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt ibu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. ibu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf ibu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Ibu , adik di sini sihat-sihat je(syurga)..Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik ibu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya ibu ..

- share semoga kita boleh menjadikannya sebagai iktibar -


sumber: Cinta Selepas Nikah

RAGBI...

Assalamualaikum....
Selamat sejahtera...

Hai, anda ada minat....
minat saya adalah RAGBI...

Ragbi adalah sejenis permainan yang memerlukan kerjasama sepasukan yang tinggi, taktik dan taktikal yang mantap serta ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Selain itu, sukan ragbi memerlukan persefahaman yang tinggi antara pemain dan setiap pemain mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tersendiri...

Pemain sedang mengambil sepakan

Try!!!
Tackle...

Scrum!
Ok, saya pun pernah main ragbi, namun saya hanya pemain simpanan....
saya bermain posisi line, outside/wing...

Ragbi memang sukan yang mencabar bagi saya...
Fizikal dan mental perlu Mantap untuk menyertai sukan ini....
Faedah sukan ini yang dapat saya nyatakan;

1. Melatih fizikal dan mental ke tahap yang sukar.
2. Melatih peranan sebagai seorang pemain dalam setiap posisi yang ditetapkan.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemain dan juga pelatih.
4. Dan anda boleh mencari sendiri faedah bermain ragbi ini...hehehe....maaf ya :)

Jadi, sesiapa ingin menyertai ragbi, serlahkan bakat anda agar anda boleh menjadi seorang pemain yang handal....

Jom Layan Video HAKA ini:




Ok, Peace No War (^____^)

Tuesday, July 2, 2013

NAIK BELON KE BINTULU...

Assalamualaikum...
Hai...

Ok, kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya YANG PERTAMA menaiki BELON...

BELON?

Itu dalam bahasa SARAWAK....
Belon tu KAPAL TERBANG....

OWH.. BARU TAHU, SEBELUM NI TAK TAHU......



Ok, kita sambung lagi...
Pada 5/6/2013 pada pukul 2.00 AM dari rumah bertolak ke LCCT, Kuala Lumpur...sebelah KLIA...

Saya mengambil penerbangan AirAsia....
Tiket???
Erm...sebab last minit booking, tu yang harga tu melambung tinggi.....
Itu tak mengapa, terima kasih MAK & ABAH...(^___^)
Saya sayang mereka....

Kami tiba di LCCT pada pukul 5.30 pagi, bersama Pak Cik saya....penunjuk jalan ke sana...
Maklumlah, tak tahu jalan....Terima Kasih PakCik (^____^)

Saya tak tahu macam mana nak berurusan tentang penerbangan ini...
Terima kasih Abah & PakCik terangkan macam mana nak berurusan tentang ini...
Ok...Mula-mula check in...beg semua..siapkan semua urusan...
Dah selesai, saya pun tunggu di Balai Berlepas...
Namun, masa tu memang tak mengizinkan untuk bersama Mak, Abah, Adik & PakCik seketika sebelum masuk Balai Berlepas....tapi saya bersalaman dahulu mereka semua, mohon doa dari mereka agar saya selamat pergi belajar...

Ok, kami pun lambai tangan....sedih tu memang ada...namun tabahkan hati...
sebab Kita Pergi Belajar....

Jika Kita Pergi Merantau Untuk Belajar Semata-mata Kerana ALLAH SWT,
In Shaa Allah, Allah permudahkan jalan kita....yang penting Nawaitu kita buat semua perkara Kerana ALLAH SWT....
Kerana Orang Yang Berjuang Dalam Menimba Ilmu Umpama Jihad Di-Jalan ALLAH SWT...

WALLAHU A'LAM....

OK....dah sampai kat Balai Berlepas...tunggu sambil duduk di kerusi...ramai orang masa tu....
namun, beberapa minit kemudian....sudah dipanggil anak kapal untuk pergi ke Belon...
jalan bersama-sama....
Jumpa kawan baru...Zaid, memang sama nak ke UPM Bintulu, Sarawak...

Jalan-jalan.....naik Belon...duduk di kerusi mengikut nombor masing-masing, Zaid duduk depan, saya duduk dekat Pintu Kecemasan.

Ok, jumpa lagi kawan baru sama nak pergi, Hafizudin....duduk sebelah kerusi....

Tapi, masa tu memang banyak yang nak pergi ke UPM Bintulu....kalau nak berkenalan pun lama...
masa tu memang nak berlepas....

Pramugari & Pramugara suruh anak kapal duduk di tempat masing-masing...
pakai Tali Pinggang Keselamatan untuk berlepas....

Mulalah debaran...
Terbang....

Hm...bila tengok kat tingkap...
Ma Shaa Allah, Indahnya Ciptaan Allah Swt....
Kat LCCT tu sekeliling pokok kelapa sawit...
Bila tengok dari atas....nampak kabus semua...sebab ladang kelapa sawit...
Masa tu flight Subuh...
Wah, Ma Shaa Allah..cantik lukisan benyawa ciptaan Allah swt (pemandangan)

Dalam kapal mengantuk, tidur.....
ZzZzZzzzz.......

SAMPAI DI BINTULU

Turun, kapal mendarat....
Alhamdulillah selamat sampai....
Ambil semua barang, urusan imigresan...
dah selesai...

Pelajar baru UPM naik bas UPM, masa tu UPM menyambut kedatangan pelajar baharu....
ada yang bersama keluarga....namun saya hanya Alone Ranger...
In Shaa Allah, saya boleh, anda boleh, kita boleh....

Jadi....keseluruhannya...Naik Kapal Terbang Macam Naik Bas....

Ok, In Shaa Allah...saya akan post cerita yang lain pula....ok..
Assalamualaikum....

Peace No War (^___^)....

KOLEJ... BLOK...

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk menulis..

Ok, kali ini saya menulis tentang kolej...
Kolej?...

Kolej yang saya tinggallah...
Ok, saya kini di UPMKB...Kampus Dalam Hutan...(ambil fikiran positif!)



Ok, kolej yang saya tinggal di Kolej Sri Rajang, UPMKB...
Blok yang saya menetap di BLOK E DIPTERA
DIPTERA? APA TU?...

INFO:
Diptera adalah nama kumpulan bagi jenis serangga. Diptera merupakan serangga yang bersayap dua, seperti Lalat, Nyamuk dan lain-lain....



Hehehe...apa yang saya nak cerita ialah mengenai apa yang say bangga pada BLOK E DIPTERA ini...

First, senior kat sini memang best, ok...Mereka memang support junior kat sini. Mereka merupakan BROTHER-BROTHER yang menjaga ADIK-ADIKnya... Ketua Blok saya bernama Muhammad Arif, abang senior Semester 5 kos Diploma Perhutanan. Asal dari Johor. Abang ni memang baik, menjaga kebajikan warga Blok E...saya sebagai junior memang SALUTE! abang senior. Banyak lagi abang senior, tapi nak cerita memang panjang, saya bukannya rajin menaip pun, namun jika ada assignment...terus rajin dibuatnya.....

Ok, kami hidup aman damai, Alhamdulillah...kami warga Blok E hidup seperti sebuah keluarga yang besar...
Saling bertegur sapa....mengeratkan hubungan Silaturrahim...
Walaupun nama Blok Kami agak hina, namun kami adalah Warga SABAR, TABAH, BERANI!
Satu Hari Nanti, Pasti Datang Menjelang ,Kegemilangan BLOK E DIPTERA PASTI MENJULANG-JULANG!

BLOK E RUMAH KITA!

SAYA SAYANG BLOK E!

Chears:

1.
SIAPA KITA?!
BLOK E?!
SIAPA KITA?!
BLOK E?!

POKER, POKER!
POKER, POKER!
POKER, POKER!
POKER, POKER!

CHIKALA KACHI KACHI!
CHIKALA KACHI KACHI!

E!!!

2.
WHO WE ARE!?
WHO WE ARE!?

WHERE WE COME FROM!?
WHERE WE COME FROM!?

WE ARE FROM DIPTERA!
WE ARE FROM DIPTERA!

MIGHTY-MIGHTY DIPTERA!
MIGHTY-MIGHTY DIPTERA!

WEIII O WEI OWEI O WEI!!!
DIPTERA!
WEIII O WEI O WEI O WEI!!!
DIPTERA!
WEIII O WEI O WEI O WEI!!!

BLOK!!!!! E!!!!

Sebenarnya banyak lagi chears, urh..nanti ada kesempatan saya akan tulis lagi...
OK...Peace No War (^_____^)

ENERGIZER....

Meh, Sesiapa yang Tension Belajar, Tiada Semangat, Penat, Malas, Blur...
Tension buat assingment, kerja?

Jom buat Joget Ini...
CONFIRM BERSEMANGAT!!


Hm..Ini cuma cadangan...
Tapi ada yg lebih elok....
Dengar Zikir.....
In Shaa Allah...tenang.....
Membaca Al-Quran....
Berselawat...
In Shaa Allah...mengalir air mata....

Berdoalah...agar kita dipermudahkan segala urusan didunia...
LEBIH-LEBIH LAGI DI AKHIRAT.....

IN SHAA ALLAH....
Peace No War (^_____^).....

Monday, July 1, 2013

Internet Download Manager

Assalamualaikum W.B.T

Hai, apa khabar? Baiklah...

Anda ada masalah muat turun? lambat muat turun?
Bila download sesuatu file....
Lembab jer.....Urhh......

OK! Anda jangan risau, kini ada software yang dipanggil...
INTERNET DOWNLOAD MANAGER
Software ini mempercepatkan masa muat turun/download sesuatu file...
Dengan software ini, kini anda mudah untuk muat turun sesuatu file dengan mudah dan cepat...
Software ini juga boleh secara terus muat turun video dari YouTube...



Mari muat turunnya disini----> Internet Download Manager 6.17

PERINGATAN!
 Baca dahulu langkah-langkah untuk Install software ini...
JANGAN MALAS! Jika SOMETHING WRONG, jangan marah..jangan nangis...
jangan marah saya, saya cuma berkongsi saja...

Ok, moga bermanfaat, TERIMA KASIH....